Beijing
ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai,
dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing.
Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar
serta 2 buah kaunti luar bandar, dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni.
Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan
berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang
merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat
politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China, manakala Shanghai
dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi. Beijing terkenal kerana
istananya yang mewah, serta juga kuil, tembok batu, dan gapuranya.
Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak
memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara. Barang-barang
seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai
sebuah pusat budaya dan seni di China. Pada 2008, Beijing mengacarakan
Sukan Olimpik.
Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing,
yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah
kawasan sebesar China buat begitu lama. Encyclopædia Britannica
memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia",
dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan
sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.
Kota Larangan
Taman Beihei
Taman Botani
Menarik di Beijing
Tarikan
pelancong di Beijing bukan sahaja banyak, tetapi juga kaya dengan
sejarah. Yang paling terkenal ialah bentangan Badaling di Tembok Besar
China, serta juga Kuil Syurga, Tiananmen, dan Kota Larangan, selain
daripada sebilangan kuil, hutong, taman, dan tinggalan zaman kuno.
Beijing juga dikenali untuk siheyuan
(rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu
semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang
menggantikannya dengan bangunan tinggi. Bandar raya Beijing mempunyai
sebilangan kawasan kejiranan shiheyuan yang dipelihara dengan baik, termasuk sesetengah rumah berlaman dalam yang tersegam megah seperti Rumah Agam Putera Gong.
Tren bawah tanah
Pengangkutan
Dengan
pertumbuhan bandar raya menyusuli pembaharuan ekonomi, Beijing
telah berkembang menjadi sebuah pusat pengangkutan yang terpenting di
Republik Rakyat China, serta juga di kawasan Asia Timur yang lebih luas.
Bandar raya ini memiliki:
- Keretapi
- Pengangkutan awam sistem laluan bawah tanah
- Bas Sambungan
Kebudayaan
Kebudayaan
Beijing amat sangat kaya, suatu hakikat daripada petempatan manusia
ribuan tahun di kawasan Beijing kini sejak abad ke-1 SM lagi. Kebudayaan
ditakrifkan sebagai seni, kepercayaan, adat resam, institusi, dan
kesemua hasil kerja dan pemikiran manusia yang lain.
Anak
kelahiran bandar Beijing menuturkan dialek Beijing yang tergolong dalam
bahasa pertuturan Mandarin. Dialek Beijing ialah asas kepada bahasa
Mandarin Baku, bahasa yang digunakan di tanah besar China, Taiwan, dan
Singapura. Kawasan luar bandar Wilayah Perbandaran Beijing mempunyai
dialek-dialek tersendiri yang mirip dengan dialek wilayah Hebei yang
mengelilingi Wilayah Perbandaran Beijing.
Penghuni Beijing yang lebih muda kini lebih tertarik kepada kehidupan malam
yang berkembang maju pada dekad kebelakangan ini, suatu perkembangan
yang melanggar tradisi kebudayaan yang dahulunya hampir hanya
diperuntukkan untuk orang kelas atas.
Masakan
Masakan Mandarin ialah gaya memasak tempatan di Beijing. Sebilangan hidangannya termasuk:
- Itik Panggang Peking yang mungkin merupakan hidangan Beijing yang paling terkenal;
- Jamuan penuh Manhan Quanxi ("Manchu-Cina Han") yang merupakan jamuan tradisional yang jarang yang pada asalnya bertujuan untuk menyajikan maharaja Manchu etnik Dinasti Qing; ia masih sangat berprestij dan mahal;
- Fuling Jiabing yang merupakan makanan ringan tradisional Beijing, sejenis penkek (bing) yang menyerupai cakera leper, dengan isian yang diperbuat daripada fu ling (Poria cocos (Schw.) Wolf, atau "tuckahoe"), sejenis ramuan umum dalam ubat Cina tradisional.