Monday, May 28, 2012

Tugasan Tambahan - Beijing

Sejarah

Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai, dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar serta 2 buah kaunti luar bandar, dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni. Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China, manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi. Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga kuil, tembok batu, dan gapuranya. Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara. Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China. Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.
Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama. Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia", dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.

 
Kota Larangan

 
Taman Beihei

 
Taman Botani


Menarik di Beijing

Tarikan pelancong di Beijing bukan sahaja banyak, tetapi juga kaya dengan sejarah. Yang paling terkenal ialah bentangan Badaling di Tembok Besar China, serta juga Kuil Syurga, Tiananmen, dan Kota Larangan, selain daripada sebilangan kuil, hutong, taman, dan tinggalan zaman kuno.

Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi. Bandar raya Beijing mempunyai sebilangan kawasan kejiranan shiheyuan yang dipelihara dengan baik, termasuk sesetengah rumah berlaman dalam yang tersegam megah seperti Rumah Agam Putera Gong.
Tren bawah tanah
Pengangkutan

Dengan pertumbuhan bandar raya menyusuli pembaharuan ekonomi, Beijing telah berkembang menjadi sebuah pusat pengangkutan yang terpenting di Republik Rakyat China, serta juga di kawasan Asia Timur yang lebih luas. Bandar raya ini memiliki:
  • Keretapi
  • Pengangkutan awam sistem laluan bawah tanah
  • Bas Sambungan 



Kebudayaan

Kebudayaan Beijing amat sangat kaya, suatu hakikat daripada petempatan manusia ribuan tahun di kawasan Beijing kini sejak abad ke-1 SM lagi. Kebudayaan ditakrifkan sebagai seni, kepercayaan, adat resam, institusi, dan kesemua hasil kerja dan pemikiran manusia yang lain.
Anak kelahiran bandar Beijing menuturkan dialek Beijing yang tergolong dalam bahasa pertuturan Mandarin. Dialek Beijing ialah asas kepada bahasa Mandarin Baku, bahasa yang digunakan di tanah besar China, Taiwan, dan Singapura. Kawasan luar bandar Wilayah Perbandaran Beijing mempunyai dialek-dialek tersendiri yang mirip dengan dialek wilayah Hebei yang mengelilingi Wilayah Perbandaran Beijing.
Penghuni Beijing yang lebih muda kini lebih tertarik kepada kehidupan malam yang berkembang maju pada dekad kebelakangan ini, suatu perkembangan yang melanggar tradisi kebudayaan yang dahulunya hampir hanya diperuntukkan untuk orang kelas atas.
Masakan
Masakan Mandarin ialah gaya memasak tempatan di Beijing. Sebilangan hidangannya termasuk:
  • Itik Panggang Peking yang mungkin merupakan hidangan Beijing yang paling terkenal;
  • Jamuan penuh Manhan Quanxi ("Manchu-Cina Han") yang merupakan jamuan tradisional yang jarang yang pada asalnya bertujuan untuk menyajikan maharaja Manchu etnik Dinasti Qing; ia masih sangat berprestij dan mahal;
  • Fuling Jiabing yang merupakan makanan ringan tradisional Beijing, sejenis penkek (bing) yang menyerupai cakera leper, dengan isian yang diperbuat daripada fu ling (Poria cocos (Schw.) Wolf, atau "tuckahoe"), sejenis ramuan umum dalam ubat Cina tradisional.
Restoran teh juga biasa dijumpai di Beijing. Teh Cina datang dengan banyak kelainan, dengan sesetengahnya yang mahal dikatakan dapat merawat badan yang uzur dengan amat berkesan.